Powered by Blogger.

Thursday, February 11, 2016

Pindah Ke Blog Baru

saya sudah berpindah ke blog baru :

Read more...

Monday, December 21, 2015

Sinar Harian - 1 April 2013


Serunai Faqir, si pengarang tanjak
Serunai Faqir, si pengarang tanjak
Khairul menunjukkan teknik lipatan tanjak.

JIKA orang lain memilih bidang profesional seperti arkitek, doktor dan jurutera sebagai kerjaya, berbeza pula dengan penulis novel fantasi, Serunai Faqir atau Khairul Hafiz Abdul Rahman, 41.

Nama beliau bukanlah asing dalam bidang penulisan kerana karyanya sering mendapat tempat dalam pertandingan penulisan dan merupakan penulis hebat di bawah Alaf21.

Meskipun pernah menghasilkan beberapa novel yang mendapat tempat di hati peminat novel fantasi, Khairul akhirnya memilih menjadi pengarang tanjak sebagai mengisi seluruh masa terluangnya.

Tanjak yang juga dikenali sebagai destar, setanjak, bulang hulu dan setangan kepala; adalah sejenis alas kepala tradisional Melayu yang dipakai golongan lelaki.

Penutup kepala tradisional ini dipercayai sebagai seni warisan Kesultanan Melayu Melaka yang diperbuat daripada lipatan kain songket dengan ikatan gaya atau solek tertentu.  Meskipun kedengaran pelik untuk kita memilih bidang ini sebagai kerjaya, tapi tidak bagi Khairul.

Tak ramai yang mahu ajar

“Pengarang tanjak adalah kerjaya yang menjanjikan pulangan lumayan kerana seninya tidak dimiliki orang lain.

"Perjalanan saya untuk mempelajari teknik mengarang tanjak juga amat berliku kerana tidak ramai yang menceburi bidang ini. Malah, ada juga yang enggan berkongsi kepandaian,” kata anak kelahiran Muar, Johor ini.

Ketika ditemui Sinar Harian di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini, Khairul turut mempersembahkan beberapa teknik karangan tanjak yang mendapat tempahan tertinggi seperti Lang Menyonsong Angin dan Balong Raja.

“Pada 2010, saya pernah menganjurkan bengkel ikatan tanjak dengan niat mahu belajar, namun, tidak banyak teknik ikatan yang dapat saya pelajari kerana kekangan cikgu.

“Saya akhirnya bertemu satu komuniti silat di facebook yang kebetulan menitikberatkan pemakaian tanjak dan kemudian memperluaskan teknik dengan menyertai Komuniti Keris Warisan.

“Individu yang banyak memberi tunjuk ajar ketika itu adalah Johan Iskandar dan Wan Faris Wan Mohd Ali. Saya juga menganjurkan pelbagai bengkel dan pertandingan untuk meningkatkan kemahiran,”katanya.

Beliau yang mengakui minat seni tanjak berputik lebih mekar selepas aktif mempelajari seni silat. Selepas beliau mempunyai asas mengarang tanjak, proses pembelajaran menjadi semakin mudah. Walaupun mempelajarinya menerusi internet, beliau sudah boleh mengolah pelbagai ikatan tanjak dengan lebih baik.

Pelanggan Khairul terdiri daripada individu persendirian, pengusaha butik pengantin, persatuan dan badan bukan kerajaan. Meskipun pada zaman sekarang tanjak hanya dipakai dalam majlis adat istiadat, majlis kahwin dan pertandingan, namun kekurangan pengarang tanjak menjadikan permintaannya tinggi saban tahun.

Ukuran ikut saiz pinggang

Percaya atau tidak, Khairul berkata, dia mendapatkan ukur lilit kepala seseorang hanya berdasarkan ukuran pinggang pelanggannya.

“Jika orang nak beli seluar akan cek saiz pinggang dengan cara lilit pinggang seluar pada leher.  Macam tu lah lebih kurangnya teori ukur lilit pinggang ni untuk tanjak.

“Kalau pelanggan menempah tanjak yang boleh ubah (adjustable) itu lebih mudah. Tapi ada sesetengah tak mahu,” kata bapa kepada Shufi Mohd Iqbal ini.

Terdapat dua kaedah mengarang tanjak, iaitu moden dan tradisional. Bagi teknik moden, caranya lebih mudah, iaitu menggunakan kain gam atau kain keras yang biasa digunakan untuk membuat kolar baju kemeja.

Namun, bagi teknik tradisional, sesetengah kain perlu dikanji terlebih dahulu sebelum dijemur, dialas dengan kertas minyak dan dijahit bagi mengemaskan ikatan. Khairul melakukan proses pembuatan mengikut kehendak pelanggan.

Harga yang dikenakan juga berpatutan, iaitu dengan satu set tanjak termasuk kain sibai, bengkong dan sampin, pelanggan hanya dikenakan RM150 dan RM180 mengikut jenis fabrik dan ikatan.

Untuk lebih maklumat mengenai pelbagai jenis tanjak yang ditawarkan boleh melayari http://kronikeltanjakmelayu.blogspot.com.

Read more...

Thursday, December 17, 2015

Kacang Dua Helai Daun (Negeri Sembilan)


* Tempahan yang ini hanya untuk koleksi sahaja

Read more...

Dendam Tak Sudah (Negeri Sembilan)


Read more...

Lang Menyongsong Angin (Negeri Sembilan)


Read more...

Solok Timbo @ Seluk Timba (Negeri Sembilan)


Read more...

Wednesday, December 16, 2015

Sorting semula

Salam hormat. Saya dalam proses sorting semula senarai tanjak yang insyallah boleh diikhtiarkan oleh saya. Bukan semua jenis yang boleh saya buat, adakala rakan-rakan menghantar gambar kepada saya. Ada yang boleh, ada yang saya tak dapat pandai. Apapun terima kasih atas segala tempahan sebelum ini. 

Dari kalangan rakan silat, pasangan mempelai yang menempah, saya cuba berikan yang terbaik.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP